Latihan AI In-House yang
Direka Berdasarkan Realiti Kerja Organisasi
KursusAI.my menyediakan latihan AI secara in-house dan disesuaikan untuk membantu organisasi meningkatkan produktiviti, kelajuan kerja, kualiti output dan standard operasi tanpa mengganggu aliran kerja sedia ada.
Sasaran Peserta
Latihan ini ditawarkan khusus untuk organisasi yang ingin meningkatkan kecekapan kerja secara berstruktur:
Agensi Kerajaan
Persekutuan, Negeri & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun & GLC.
Syarikat Swasta
SME & Korporat yang mementingkan produktiviti.
Jabatan Dalaman
Bahagian, Unit Operasi atau Pasukan Projek yang memerlukan solusi spesifik.
Nota Penting
Latihan ini bukan kelas terbuka atau kursus individu. Setiap program direka khas berdasarkan fungsi kerja, tahap peserta dan keperluan sebenar organisasi.
Realiti Kerja Organisasi Hari Ini & Ke Hadapan
Organisasi di seluruh dunia sedang berdepan perubahan cara kerja yang pantas akibat teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kecekapan tenaga kerja bukan lagi bergantung kepada jumlah kakitangan, tetapi kepada cara kerja yang lebih pintar, pantas dan tersusun.
Adaptasi Kemahiran
Menyesuaikan kemahiran kakitangan dengan keperluan semasa agar kekal relevan.
Kelajuan Proses
Mempercepat proses kerja tanpa menambah beban tugas melalui automasi pintar.
Kualiti Konsisten
Meningkatkan kualiti hasil kerja organisasi dengan mengurangkan ralat manusia.
"Organisasi yang mula mengadaptasi AI secara berperingkat dan terkawal akan lebih bersedia menghadapi perubahan struktur kerja, tuntutan produktiviti dan tekanan KPI."
Pilihan Pakej & Mod Perolehan
Kami memahami keperluan perolehan organisasi dan menyediakan proses yang patuh audit serta selari dengan tatacara kewangan.
HRD Corp Claimable
Sesuai untuk Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., GLC dan PKS yang mencarum dengan HRD Corp.
- TP Berdaftar HRD Corp
- Skim SBL-Khas / Tanpa Bayaran Tunai
ePerolehan Ready
Khusus untuk Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan.
- Berdaftar MOF
- Proses LO Kerajaan
Impak Terus Kepada Operasi Organisasi
Latihan AI direka untuk memberi kesan yang boleh dirasai oleh jabatan.
Produktiviti
Automasi tugasan rutin dan menjimatkan masa kakitangan.
Standardisasi
Kaedah kerja yang lebih tersusun dan mudah dikawal.
Kelajuan
Penyediaan laporan dan analisis dilakukan dengan lebih pantas.
Terkawal
Menekankan aspek keselamatan data dan etika kerja.
Tenaga Pengajar Berpengalaman
Coach Khairul
Generative AI
Coach Farhan
Machine Learning
Dr Wan Azani
AI Creative Writing
Coach Yasir
Productivity
Yasmin Anuar
AI Automation
Format Latihan
In-House
Dijalankan di premis organisasi atau lokasi dipersetujui.
Hands-On
Melatih menggunakan kes kerja sebenar harian.
Fleksibel
Tempoh lazim 2 hingga 3 hari mengikut skop modul.
Bahasa
Penyampaian dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
Proses Rasmi Perolehan & Latihan
Mohon RFQ
Perbincangan
Cadangan Rasmi
Kelulusan & LO
Pelaksanaan
Maklum Balas & Bukti Latihan
Pelbagai Trusted Organisasi Yang Bersama Kami
Soalan Lazim (FAQ)
Apa sebenarnya KursusAI.my?
KursusAI.my ialah penyedia latihan AI #1 di Malaysia yang memfokuskan kepada adaptasi teknologi AI Generatif (seperti ChatGPT, Claude, Midjourney) dan automasi dalam operasi harian organisasi kerajaan dan syarikat swasta. Kami bukan sekadar mengajar teori, tetapi melatih kakitangan anda cara menggunakan AI untuk menyelesaikan tugas harian dengan lebih pantas dan berkualiti.
Adakah kursus ini HRD Corp claimable?
Ya, 100% claimable. Kami adalah Registered Training Provider (TP) yang sah di bawah HRD Corp. Segala kos latihan boleh dituntut sepenuhnya melalui skim SBL-Khas (di mana syarikat tidak perlu membuat bayaran pendahuluan menggunakan wang tunai, sebaliknya ditolak terus daripada levy syarikat anda).
Adakah KursusAI.my MOF Registered?
Ya, syarikat induk kami iaitu D7 Holdings Sdn Bhd adalah vendor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan ePerolehan Ready. Kami mempunyai kod bidang latihan yang sah dan sedia menyokong sebarang perolehan daripada agensi kerajaan melalui sistem Pesanan Kerajaan (LO).
Di mana lokasi latihan dijalankan?
Kami mengamalkan konsep "Latihan Datang Kepada Anda". Latihan biasanya dijalankan secara In-House di premis organisasi anda atau di bilik seminar pilihan anda di seluruh Malaysia. Ini bertujuan untuk memudahkan penglibatan maksimum kakitangan tanpa perlu keluar dari kawasan pejabat.
Bolehkah modul disesuaikan (customized)?
Tentu sekali. Sebelum latihan bermula, kami akan melakukan Training Needs Analysis (TNA) untuk memahami aliran kerja jabatan anda. Kami akan menyesuaikan kajian kes dan modul latihan agar ia relevan secara terus dengan fungsi tugas harian para peserta dalam organisasi anda.
Adakah sijil penyertaan disediakan?
Ya, setiap peserta yang menghadiri dan melengkapkan sesi latihan akan menerima Sijil Penyertaan Rasmi daripada KursusAI.my (D7 Holdings Sdn Bhd). Sijil ini diiktiraf dan sesuai untuk tujuan rekod pembangunan staf serta mata latihan bagi organisasi yang memerlukannya.
Berapa jumlah minimum & maksimum peserta?
Untuk memastikan keberkesanan sesi Hands-On yang optimum, kami mencadangkan kumpulan bersaiz antara 10 hingga 25 orang bagi setiap sesi. Walau bagaimanapun, kami sedia berbincang untuk kapasiti yang lebih besar mengikut keperluan dan bajet organisasi anda.
Adakah peserta perlu membawa laptop sendiri?
Ya, memandangkan kaedah latihan kami adalah 80% hands-on (praktikal), setiap peserta diwajibkan membawa laptop sendiri dengan akses internet yang stabil. Kami akan membimbing peserta memasang atau menggunakan alat AI terus pada peranti mereka supaya mereka boleh terus menyambung kerja selepas bengkel tamat.
Adakah latihan ini sesuai untuk mereka yang tiada latar belakang IT?
Sangat sesuai. Latihan kami direka untuk pengguna akhir (end-users) di pelbagai jabatan seperti Admin, HR, Pemasaran, dan Kewangan. Kami menggunakan bahasa yang mudah difahami dan pendekatan langkah-demi-langkah, jadi peserta tanpa kemahiran teknikal yang mendalam pun boleh menguasai alat AI dengan cepat.







